peringatanuntukdirisendiri images

Discover Best peringatanuntukdirisendiri Images of World

#food #travel #sports #news #may #sunday

Tak dinafikan.. Ye, memang akan cepat lupa diri bila sentiasa di bagi dek pujian #peringatanuntukdirisendiri Selamat Pagi Ahad ☀️⛅️ #bylindaarisquote🩷

5/19/2024, 4:17:13 AM

What's in your mind???🤔 Choose the things we want to do base on our own abilities and capabilities 😘👌 "Ukur baju dibadan sendiri" "Sediakan payung sebelum hujan" "Seperti kacang lupakan kulit" "Dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung" #peringatanuntukdirisendiri ❤️

5/13/2024, 9:53:45 PM

Assalamualaikum & salam magnet rezeki semua. Jadikanlah yang lembut itu hati, yang tebal itu iman, yang tajam itu akal, yang baik itu sihat & yang manis itu senyuman. InsyaAllah... #peringatanuntukdirisendiri #Think_Positive #syukur_selalu

5/2/2024, 2:41:29 AM

Bismillah… 🌹🌹🌹🌹🌹 Siapa yang ingin baik hidupnya maka perbaikilah hatinya, sebab dari baiknya hati, lahirlah kebaikan hidup. Siapa yang ingin baik hatinya maka perbaikilah solatnya, sebab dari baiknya solat, lahirlah kebaikan hati. Siapa yang ingin baik solatnya maka perbaikilah ilmunya, sebab dari baiknya ilmu, lahirlah kebaikan solat. Sesiapa yang ingin baik ilmunya maka perbaikilah amalnya, sebab dari baiknya amal, lahirlah kebaikan ilmu. Sesiapa yang ingin baik amalnya maka perbaikilah imannya, sebab dari baiknya iman, lahirlah kebaikan amal. “Kebaikan hidup tidak bergantung pada tubuh badan yang sempurna tetapi ia bergantung pada hati dan iman yang sempurna.” Perbaiki Akhlak dengan Solat. Moga ALLAH akhiri KITA dengan Pengakhiran Hayat yg BAIK Aminnnn #peringatanuntukdirisendiri #sharingiscaring #flyhighstayhumble

4/30/2024, 2:09:40 AM

Jangan pernah memaksa dirimu sempurna, tapi cari lah tempat diamana kekuranganmu diterima. Terkadang Tuhan hanya memberi peluang mengenalnya bukan memilikinya. Cerita sendirian, ngeluh sendirian, Dan penyemangat pun dirisendiri. #peringatanUntukDiriSendiri.

4/27/2024, 4:29:55 AM

Ada 1 kisah, seorang family datang ke tempat pengumpulan sumbangan barang keperluan dan pakaian. Tengok dari riak muka mereka, orangnya sederhana sahaja.. . Ditempat ni, terdapat pelbagai barang2 percuma yang diberikan kepada mereka2 yang memerlukan seperti baju, seluar, pakaian sekolah dan lain2. . Keluarga ni ada seorang anak yang umur nya dalam lingkungan 10-11tahun.. Mak ayah beliau sedang mencari pakaian sekolah yang sesuai dengan dia. Akhirnya dapat sepasang baju sekolah yang sesuai dgn dia. Dan beliau hanya mengambil satu sahaja. . Tapi bila dilihat semula pada anak tersebut, baju dia koyak dibahagian bahu. Kalau ikutkan, boleh je dia ambil pakaian lain untuk keperluan mereka. Tp ibu dia kata, xpela.. cukup ini untuk keperluan kami. Bagi peluang pada org lain juga. Kita pakai je yg ada ni dulu.. . Allahu, sungguh ianya memberi pengajaran kepada kita agar sentiasa bersyukur dgn apa yang ada.. “Banyak tidak semestinya cukup, Sikit tidak bermakna kurang..” . Sesungguhnya Allah menguji mengikut kemampuan kita. Tidak lebih, tidak kurang. Allah lebih Mengetahui apa yang terbaik utk kita.. . Jika anda sedang diuji, abam joe doakan anda sentiasa kuat dan berlapang dada.. Bila kita rasa kita diuji dengan ujian yang paling berat, ada lagi orang diluar sana yang lagi berat ujian nya berbanding kita.. Semoga kita sentiasa dibawah lindungan Allah swt.. . #MuhasabahDiri #PeringatanUntukDiriSendiri

4/20/2024, 3:35:10 PM

“Jika kamu tidak mampu untuk istiqomah seperti mereka yang memakai niqab mahupun jubah labuh cukup saja menjaga auratmu dengan sempurna kerana auratmu itu sangatlah berharga” 🌹 #peringatanuntukdirisendiri #muhasabahdiri #deepquotes #allahswt #qoutesindonesia #feed

4/7/2024, 4:27:53 AM

Assalammualaikum..Selamat Malam #semogabermanfaat #sharingbyqalbyapp #peringatanuntukdirisendiri

4/1/2024, 4:18:28 PM

MOTIVASI DIRI 💪🏻 LAGI BESAR TEKANAN, LAGI BESAR KEJAYAAN Biar lambat, tapi jangan sesekali STOP Biar orang pandang NEGATIF, tapi jangan sesekali GIVEUP Orang kata NO, kita kata jer NEXT Sentiasa curi MASA, RUANG & PELUANG yg ada setiap hari Dalam berusaha mesti ada KESABARAN. Dalam bersabar mesti ada USAHA dan TINDAKAN. Cepat atau lambat kita pasti sampai kepuncak Kejayaan. Lagi Besar TEKANAN, Lagi Besar KEJAYAAN. Terus Semangat tanpa KENAL PUTUS ASA. #peringatanuntukdirisendiri #puasasamasama #rayasamasama #berjayasamasama

3/31/2024, 12:21:00 AM

Meniaga ini bukan setakat mengira untung dan rugi. Ia datang bersama pakej cabaran dan kesusahan. Betul lah orang cakap. Berniaga ni kena sabar. Nak capai impian dan angan angan kita bukan senang. Banyak ujian kene hadap. Kene rempuh. Jangan cepat fed up and jangan mudah putus asa. Insyaallah boleh 😊 #peringatanuntukdirisendiri

3/25/2024, 4:31:01 PM

❤️ Mulakan pagi dengan rasa syukur. Di luar sana ramai yang lebih menderita dan sejuta kali sudi bertukar tempat dengan nikmat yang kita masih dapat. Si buta cemburukan mata kita. Si tuli cemburukan telinga kita. Si mati cemburukan nafas kita kerana mereka sedang mengharap-harap untuk kembali bernyawa, menebus segala kesilapan dan dosa-dosa. Jadi, dalam pada kita menahan lelah dengan satu dua ujian dan kekurangan, jangan pernah lupa bersyukur dengan seribu satu nikmat yang masih Allah pinjamkan. Bantu kami, ya Allah untuk sentiasa taat! #BondaNor

3/25/2024, 3:29:55 AM

They Call It, "The Boomerang Attack" Hidup ni.. Jangan seronok sangat menghentam, menyindir atau memburuk-burukkan orang. Lebih lagi di media sosial. 10 tahun dulu. Ada sorang mamat ni, berpengaruh la jugak, suka menghentam orang, kat media sosial. Dia jer la yang betul. Orang lain semua tak betul. Sekarang ni. Hidup penuh menyesal. Satu badan lumpuh, mulut pun senget. Ini true storey . Life's is about what give, you get back 10x. Bagi baik. Dapat 10x baik. Bagi tak baik..dapat 10x tak baik Begitulah kehidupan. #PeringatanUntukDiriSendiri

3/24/2024, 1:40:29 PM

Kalau tak dapat jadi BATU PERMATA..jangan jadi BATU API..ingat sikit BATU NISAN🫰 #peringatanuntukdirisendiri

3/24/2024, 8:09:55 AM

ayo kita pelan" kembali kepada jalan allah #kembali #peringatanuntukdirisendiri #masyaallahtabarakallah

3/19/2024, 3:27:41 PM

@[13170009554858Assalamualaikum & Selamat Pagi] #peringatanuntukdirisendiri Semoga kita semua tergolong dikalangan tersebut. Aamiin.. ✨🤲 1) HAYYIN - Hayyin adalah orang yang tidak mudah marah. Dia juga tidak suka mengutuk kelemahan dan keburukan orang lain. Jiwanya sangat teduh dan tenang. 2) LAYYIN - Layyin adalah orang yang sopan dan baik dalam kata-katanya. Lembut dan tidak suka bersikap kasar dan sentiasa mahu kebaikan untuk orang lain. Tidak marah dengan mudah jika berbeza pendapat. 3) QARIB - Qarib adalah seseorang yang mempunyai sikap murah senyuman, mesra dan akrab terhadap orang lain. Dia mempunyai wajah yang berseri dan selalu menyampaikan salam. 4) SAHL - Sahl adalah orang yang tidak menyukarkan sesuatu perkara, tidak suka berbelit-belit, tidak suka mengganggu orang lain dan sentiasa membantu menyelesaikan masalah orang lain.

3/16/2024, 12:16:00 AM

Assalamualaikum & salam magnet rezeki semua. 🥰 Jom banyakkan istighfar dimana saja kita berada kerana kita tidak tahu bila masanya Allah kurniakan keampunan. Astaghfirullahalazim... Astaghfirullahalazim... Astaghfirullahalazim... #peringatanuntukdirisendiri #Think_Positive #syukur_selalu

3/6/2024, 2:30:57 AM

Tak perlu nak jadi begitu sempurna duhai wanita. Bahagiakan diri mu sendiri. Anak akan membesar dan akan pergi kepada keluarga dia. Suami tak akan selamanya dengan kita. Rumah yang kita sudah bersihkan tetap akan kotor kembali. Tetapi pelihara lah emosi kita dan kesihatan kita kerana disitu tiada istilah peluang kedua. #peringatanuntukdirisendiri

3/2/2024, 1:14:11 PM

❤️ Untuk sembuh dari kekecewaan, setiap orang berbeza-beza masa. Yang sehari akan tersenyum hari ini. Yang sebulan masih lagi berusaha. Yang setahun, hari ini masih lagi mengalirkan air mata. Berapa lama pun kita ambil masa, penghujung pejalanan kita adalah bukan dengan berputus asa. Mereka tidak akan faham. Hanya kita dan diri kita sahaja yang tahu. Pujuk hati dan beritahu padanya. Yang kita hari ini akan kuat berbanding kita yang terdahulu. Kita bukan lagi orang yang sama seperti hari-hari lalu. Dan satu hari nanti, bila melihatnya, kita pasti akan terasa biasa. Kerana kita sudah baik-baik sahaja. Credit to owner

3/2/2024, 6:55:12 AM

. ━━━━━━⊱✿⊰━━━━━━ 🌹🌿🌹🌿🌹🌿🌹🌿 ━━━━━━⊱✿⊰━━━━━━ ﷽ pelangi tidak wujud ketika malam menjelang, tapi pasti bintang ada untuk menyinar terang. jangan terlalu lihat apa yang kita tiada, kerana yang kita ada sebenarnya sudah cukup untuk buat kita bahagia. pelangi tidak wujud ketika malam menjelang, tapi pasti bintang ada untuk menyinar terang. jangan terlalu lihat apa yang kita tiada, kerana yang kita ada sebenarnya sudah cukup untuk buat kita bahagia. #back to Allah swt #keep moving #moga Allahredha #peringatanuntukdirisendiri jg ─━━━━━━⊱✿⊰━━━━━━─ 🌹💎🇮🇩🇧🇳🇲🇾💎🌹 ─━━━━━━⊱✿⊰━━━━━━─ #VanJenazah #SPJM #UKVJ #SM4A #VJTI #VJWT #VJJB #SKUADPENGURUSANJENAZAHMALAYSIA #VJGM #tvalhijrah #Jalanterus #DakwahSampaiArwah #KisahOrangMati #KisahDiBilikMayat #MyFriendFm #Bapakkufm #IndahDiHati #MajlisIlmu #MyKasih #JiwaIlmu #IslamItuIndah #HidayahItuMilikAllah #Kehidupan

2/28/2024, 4:35:32 AM

Hiduplah di levelmu sendiri, jangan hidup di level orang lain ☺️ #peringatanuntukdirisendiri

2/26/2024, 6:25:26 AM

❤️ Siapa yang ambil nikmat dengan hilang taat, dia telah menempah fitnah (kerosakan) Sebelum kahwin mintak dengan Allah nak jodoh. Dah dapat jodoh komplen macam-macam, suami tak memahami, isteri tak macam dulu, itu ini itu ini. Sebelum dapat kerja mintak nak kerja. Dah dapat kerja dia gunakan harta untuk suka-suka, aurat tak jaga, ibadat hilang entah ke mana. Sebelum sihat dia mintak nak sembuh dari sakit. Dah sembuh dia lupa nak sujud pada yang Memberi Sembuh padanya. Sebelum kurus, dia mintak nak kurus sebab nak sihat. Bila dah kurus, dia lupa dapat kurus tu sebab Allah izinkan. Hilang taat. Makin dedah aurat. Hati hati. Nikmat sepatutnya datang dengan ketaatan. Makin diberi nikmat, makin tunduk taat. Makin taat, makin Allah tambah lagi nikmat. Tapi kita ni, Makin Allah bagi nikmat makin tinggi kepala mendongak ke langit. Iblis sombong sebab pernah duduk dalam syurga. Kita ni, bau syurga pun tak lagi tapi dah sombong. Solat taknak. Solat lambat lambat. Sombong. Sombong sungguh dengan Allah. Tak bersyukur. Allah. - Ummu Afifah Karim -

2/24/2024, 10:29:10 AM

Tq untuk peringatan..😘 #peringatanuntukdirisendiri

2/21/2024, 9:44:49 AM

Jangan rendahkan standard diri sendiri untuk "menyimpan" sesiapa. Biarkan mereka jumpa kita pada LEVEL kita. Kehormatan diri itu penting. #peringatanuntukdirisendiri #raiseyourstandard

2/21/2024, 7:57:40 AM

❤️ Bersyukur apabila mendapat nikmat adalah lebih berat dan sukar berbanding daripada bersabar apabila ditimpakan musibah. Kerana cabaran syukur adalah lebih berat daripada cabaran sabar. Orang apabila mendapat nikmat akan mudah lupa, terperdaya dan leka. Manakala orang yang menghadapi musibah akan sentiasa mengingati Allah dan memohon meminta pertolongan Allah. - Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid -

2/21/2024, 7:54:47 AM

❤️ Suatu hari nanti, untuk setiap ujian yang kita sudah tempuhi, kita akan berterima kasih, kerana ia lah menjadikan siapa kita sekarang. Nanti, kita akan berterima kasih kepada diri kita sendiri, kerana sudah melalui dan sekuat ini. Suatu ketika nanti, semua luka dihati, akan mula sembuh kerana kita sudah mula belajar untuk berdamai dengan takdir sendiri. Begitu. Kredit : Afifah Alwi

2/16/2024, 9:38:19 AM

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞ ❝Anda jangan pernah merasa tenang jika anda pernah merasa benci kepada orang lain, meskipun ia berbuat jahat kepada anda. Walaupun anda merasa sangat berat untuk tidak membenci orang itu, tapi cubalah mulai dengan mendoakannya. Doakanlah orang yang pernah berbuat jahat kepada anda agar dosanya diampuni Allah Subhanahu wa Taala, diberi petunjuk dan dituntun ke jalan yang baik. Doakanlah, mudah-mudahan Allah Subhanahu wa Taala memberinya taufik. Pada awalnya, hal ini memang akan terasa sangat berat. Tetapi, jika anda memiliki tekad yang sungguh-sungguh untuk selalu bersama Allah Subhanahu wa Taala, lambat laun hal ini akan menjadi ringan. Pada akhirnya, anda akan menjumpai bahawa Allah Subhanahu wa Taala telah mencabut perasaan benci itu dari hati anda❞ [Habib Ali Zaenal Abidin Abdurrahman Al-Jufri حفظه الله تعالى] Kredit : Notatazkirah

2/14/2024, 8:51:47 AM

Hai selamat malam semua..apa yang buat diri kita bahagia bukanlah apa yang kita ada pada masa sekarang.. InsyaAllah perasaan bersyukur itulah yang akan buat kita bahagia dengan apa yang kita miliki.. alhamdulillah untuk segalanya dan ruang masa yang masih ada..belajar menghargai dan memberi.. InsyaAllah.. #peringatanuntukdirisendiri #belajarbersyukur

2/11/2024, 3:54:20 PM

“Kamu mungkin dapat melihat dosa seseorang, namun tidak dengan taubatnya. Maka berhentilah merasa diri lebih baik dari orang lain.” #peringatanuntukdirisendiri #qoutes #qoutesindonesia #muhasabahdiri

2/9/2024, 4:13:20 AM

❤️ Semua orang yang hadir dalam hidup kita ada peranannya. Untuk menyayangi kita. Untuk menyakiti kita. Untuk menguji kita. Untuk menghargai kita. Dan meski untuk tujuan apa sekalipun, mereka itu utusan Allah. Untuk membantu kita mengenal siapa diri kita sebenarnya. Untuk mengeluarkan segala sifat sifat mazmumah. Lalu digantikan dengan sifat-sifat mahmudah. Andai pemarah, pujuklah hati agar lebih tabah. Andai kita seorang yang keras hati, belajarlah mengalah pada ego sendiri. Agar yang tinggal di hati kita nanti, hanya limpahan rasa belas dan simpati. Penuh bekalan rasa cinta dan kasih, sebab kita tidak perlu bersendiri, kita tidak perlu berasa tersisih. Yakinlah dan cubalah percaya, setiap yang hadir dalam hidup kita, ada peranannya. -BondaNor-

2/5/2024, 3:58:30 AM

❤️ Andai apa kita harapkan tak menjadi kenyataan, terimalah hakikat ianya bukan rezeki. Namun kita disuruh berusaha, doa dan bertawkkal dan menerima apa jua dengan redha. Dalam hal rezeki kita disuruh berusaha dan bekerja demi kelangsungan hidup. Soal Allah mahu meletakkan rezeki itu di mana dan bagaimana itu urusan Allah. Kita berusaha, doa dan bertawakkal. Ingat, rezeki tak pernah salah alamat. Cepat atau lambat insyaAllah menjadi milik kita. Kepada yang sedang membaca, didoakan semoga dikurniakan rezeki yang baik, ilmu yang bermanfaat, dan amalan yang diterima. Aamiin.. 🤲🏻

2/4/2024, 4:12:42 AM

#peringatanuntukdirisendiri

2/3/2024, 2:56:15 AM

❤️ Semoga apa yang kita jalani sekarang ini adalah doa-doa yang pernah kita tuturkan satu tika dulu. Entah di mana waktu itu kita berdoa, entah sesukar mana pun waktu itu, sehingga kita benar-benar merintih kepada Tuhan. Hari ini, boleh jadi Tuhan telah memakbulkan ia. Keluarga, pasangan, perkahwinan, pekerjaan, pendidikan, tempat tinggal, pangkat dan kuasa, apa jua hal sekalipun. Sehingga kadang-kadang kita terlupa untuk mensyukuri segala yang kita telah beroleh hari ini. Syukurlah. Dan untuk hal-hal yang belum tercapai, teruslah berdoa tanpa putus asa. Bukan hari ini, mungkin esok, mungkin lusa, mungkin setahun dari sekarang. Tapi untuk Tuhan menghampakan kita? Tidak sekali-kali. -Syafiq Ridhwan-

1/28/2024, 9:29:05 AM

Allahumma sholli ala Sayyidina Muhammad wa'ala alihi Sayyidina Muhammad. Sangat mudah dilafazkan tp ramai yg tidak istiqomah untuk berselawat setiap hari. Perbanyakkan berselawat, Ibuza doakan semoga kita semua mendapat syafaat baginda Rasulullah s.a.w di akhirat nanti, Aamiin 🤲 #Peringatanuntukdirisendiri #Semogaistiqomah

1/28/2024, 1:28:12 AM

#PERINGATANUNTUKDIRISENDIRI "BILA BERNIAGA, JANGAN KUTIP HUTANG DAN JANGAN KENA MATAHARI" Hassan Al Basri merupakan seorang ulama dan ahli perniagaan. Beliau memiliki dua anak lelaki. Sebelum beliau meninggal dunia, beliau telah memanggil kedua anak lelakinya, lalu berpesan, "Bila ayah telah tiada lagi di dunia ini, kamu berdua hendaklah meneruskan perniagaan ayah. Cuma ada 2 perkara ayah ingin kamu lakukan. 1. Bila kamu berniaga, jangan kutip hutang. 2. Bila kamu berniaga, jangan kena matahari." Kemudian Hassan Al Basri mengakhiri hayatnya dan meninggal dunia. Masa telah berlalu dan selang beberapa tahun, perniagaan si adik semakin merosot dan terus merosot. Manakala perniagaan si abang semakin maju dan maju. Satu hari si Ibu (balu Hassan Al Basri) memanggil anaknya si adik. Lalu bertanya, Si ibu : "Wahai adik, kenapa perniagaanmu semakin hari semakin merosot?" Jawab si adik: "Saya ikut pesanan ayah." Si ibu : "Apakah pesanan ayahmu?" Jawab si adik : "Ayah berpesan, KALAU BERNIAGA JANGAN KUTIP HUTANG. Jadi, semua yang berhutang dengan saya, saya tak pernah minta bayaran. Kalau mereka nak bayar, mereka bayar. Kalau mereka tak bayar, saya tak kan kutip bayaran." Pesan ayah lagi, "KALAU BERNIAGA JANGAN KENA MATAHARI." "Kemana sahaja saya berniaga, mesti bawa payung. Jadi semua perniagaan itu tidak kena matahari sebagaimana pesan ayah." Kemudian, si ibu pergi berjumpa dengan si abang pula, lalu bertanya. Si ibu : "Wahai abang, ibu lihat perniagaanmu semakin hari semakin maju, apa yang kamu lakukan ?" Jawab si abang : "Saya ikut pesan ayah." Si ibu : "Apa pesanan ayahmu?" Jawab si abang: "Ayah pesan, KALAU BERNIAGA JANGAN KUTIP HUTANG. Jadi , semua saya JUAL TUNAI. Maka, tidak ada orang berhutang dengan saya. Saya ikut pesan ayah, saya tak perlu kutip hutang. Semua bayar tunai." "Kedua , ayah berpesan. "KALAU BERNIAGA JANGAN KENA MATAHARI." Jadi saya keluar ke kedai waktu subuh. Lepas solat subuh, saya tidak tidur, terus ke kedai. Malam baru saya pulang ke rumah. Jadi, saya tak kena matahari."

1/27/2024, 1:55:04 AM

❤️ Kalau nampak satu kesalahan di depan mata, ingatlah kita, anak-anak dan cucu cicit kita boleh jadi terlibat kesalahan yang sama. Kalau nampak satu kesusahan di depan mata, ingatlah kita pun boleh berada dalam keadaan itu nanti. Kalau nampak satu kesenangan di depan mata yang bukan kita punya, ingatlah nanti Tuhan boleh beri yang sama buat kita. Setiap yang kita nampak, semuanya boleh berlaku pada kita juga. Hidupkan macam roda. Kadang yang berlaku pada orang lain, berpusing dan berlaku pada kita pula. Maka, 1. Elakkan mengata atau menghina mereka yang bersalah tetapi doakan. Doakan juga kita dan keluarga tidak terlibat dosa yang sama akan datang. Ketenangan akan hadir dalam doa kita. 2. Bantulah sekali pun kita dalam keadaan tak cukup. Bahagia itu datang setiap kali kita membantu orang lain. 3. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Kerana apa yang ada ini lah yang sangat sesuai untuk kita buat masa ini. Berbahagialah. Begitulah hidup ini. Kena sentiasa bersederhana. -The Solusi-

1/26/2024, 3:41:55 AM

❤️ "Dia benci aku, tetapi layak ke kita membencinya kembali?" Orang yang kita benci ini, kita janganlah doakan dia dengan keadaan yang negatif. Jangan doakan dia ditimpa kecelakaan, kemalangan, kegagalan atau musibah besar dalam hidup. Jangan juga doakan dia untuk rasa apa yang kita rasa sekarang. Anak cucu dan sahabat Tok Abah sekalian, Bila kita doakan dia, malaikat turut mendoakan hal yang sama. Jika kita minta yang baik-baik untuknya, maka yang baik-baik akan datang dalam hidupnya. Sebaiknya, mintalah agar hatinya itu kembali bersih, berakhlak mulia dan diberikan pengampunan atas kesalahan hidupnya itu. Maka pada saat itu juga, malaikat akan aamminn kan tiap doa kita. Kemudian, kita move on. Barang yang lepas jangan dikenang. Biarlah dia nak buat apa pun, asal kita jangan buat macam dia. Biarlah dia nak kata apa pun, asal kita jangan mengata dia. Lepaskan amarah dan dendam itu. Jangan ditahan. Tukarkan ia dengan kasih sayang dan tanamkan sifat memaafkan. Kejahatan jika dibalas dengan kejahatan, Maka kita tiada beza dengan dia. Tunduk bukan bererti kita lemah. Tetapi tunduk kerana kita semakin berisi. Diisi dengan apa? Diisi dengan nilai kebaikan dan kasih sayang sesama insan. Moga kebaikan sentiasa menyelimuti kita. Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah, Terus sebar kebaikan.

1/24/2024, 4:17:15 AM

. REPORTING TO YOU YA ALLAH YA ZAL JALALI WAL IKRAM - Yang Maha Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan... Ya Allah Ya Malikul Mulk Berikan aku KETABAHAN ketika ditimpa musibah. Berikan aku KEBAHAGIAAN ketika aku sedih. Berikan aku KEKUATAN IMAN ketika lemah dan rasa tak berdaya. Berikan aku PETUNJUK ketika resah dan keliru. Berikan aku KEMULIAAN ketika aku dihina. Berikan aku KETABAHAN ketika aku rapuh. Berikan aku CAHAYA ketika dalam kegelapan. Berikan aku KECUKUPAN bilamana aku tiada. Berikan aku KEKAYAAN ketika aku tak punya. Berikan aku rasa SYUKUR ketika mana Engkau timpakan ujian dan ketika Engkau beri nikmat. Berikan aku KESABARAN ketika mana Engkau timpakan kesulitan. Berikan aku TAWAKKAL dan BERSERAH hanya kepada Mu...jadikan aku KEKASIH MU Ya Allah...Ya Mutaqabbir Apapun masalah kita bersujudlah : "Keadaan paling dekat seorang hamba dari RabbNya adalah ketika dia dalam keadaan sujud, maka perbanyakkanlah doa di dalamnya". (HR Muslim) "Berdoalah kepada Allah dalam keadaan yakin akan dikabulkan dan ketahuilah bahawa Allah tidak mengkabulkan doa dari hati yang lalai" (HR at Tirmizi) #peringatanuntukdirisendiri #VanJenazah #SPJM #UKVJ #SM4A #VJTI #VJWT #VJJB #SKUADPENGURUSANJENAZAHMALAYSIA #VJGM #Jalanterus #DakwahSampaiArwah #KisahOrangMati #KisahDiBilikMayat #MyFriendFm #Bapakkufm #IndahDiHati #MajlisIlmu #MyKasih #JiwaIlmu #IslamItuIndah #HidayahItuMilikAllah #Kehidupan

1/20/2024, 3:28:18 PM

#BismillahiMasyAllah Kita sekarang berada di bulan Rejab.. Jadi mari sama-sama kita buat persediaan lengkap untuk kita menghadapi bulan Sya'ban dan seterusnya bulan kemuliaan iaitu bulan Ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi.. . . . . . #alquran #tipshafalquran #tips #semogabermanfaat #cintaalquran #rabiatuladawiyahnotajurnal #peringatanuntukdirisendiri #rukunislam #journalislam #journal #kejarredhaallah #nota #jurnalislam #digitalplanner #digitalmarketing #contentcreator #digitaldesign #canva #withcanva

1/20/2024, 4:08:05 AM

Jangan pernah mengabaikan peringatan Dengerin podcasts Berjalan Bersamaku di Spotify dan Apple Podcasts #berjalanbersamaku #berjalanbersamakupodcast #podcasts #nasihat #peringatan #peringatanuntukdirisendiri #podcasting #podcasts #podcastersofinstagram #belajar #hiduplebihbaik #hidup

1/18/2024, 4:19:46 AM

❤️ Ada orang yang hidupnya tak pernah solat, tapi akhirnya Allah beri hidayah di akhir usia dia tak tinggal solat sampai akhir hayat. Berubah watak jadi pemaaf, lembut bahasa dan rajin bertaubat. Kita yang sekarang ni solat cukup rasa diri baik pula. Pandang rendah orang lain. Sibuk pula neraka kan orang yang kita tengok tak solat. Akhirnya mati dalam kesombongan dan rasa diri baik. Allahu. Berhentilah mengata, banyakkan berdoa. Kita sendiri tak tahu akhir usia kita bagaimana. Kan? -The Solusi-

1/17/2024, 6:41:03 AM

#BismillahiMasyAllah Dalam kehidupan kita kenalah amalkan segala doa2 yang nabi kita telah ajarkan kepada kita.. Jadi, sentiasalah di praktikkan dalam diri kita di mana sahaja kita berada.. . . . . . #rabiatuladawiyahnotajurnal #peringatanuntukdirisendiri #rukunislam #journalislam #journal #kejarredhaallah #nota #jurnalislam #digitalplanner #digitalmarketing #contentcreator #digitaldesign

1/17/2024, 2:53:41 AM

Aurat yg dilupakan 🥲 Jom hijrah 💕 #auratwanita #jomhijrah #hijrahmuslimah #hijrahku #peringatanuntukdirisendiri #asmarazak

1/15/2024, 8:04:49 AM

❤️ "Fah, aku nak jadi diri aku yang dulu." Ujar si dia mengadu. Aku hanya diam mendengar bicaranya. "Aku nak jadi aku yang dulu, yang tak mudah give up." "Kenapa? Sekarang kau mudah give up ke?" Soalku. "Aah." Jawab si dia. "Cuba teka kenapa masa kita budak kecik dulu, semua benda kita nak jadi success, tapi bila kita dewasa ni, kita takut untuk capai sesuatu benda?" Soalku sekali lagi kepadanya. "Tak tahu wei." Balas si dia yakin. "Aku pernah dengar bonda cakap, kita mudah give up dan takut untuk capai apa kita nak capai sebab banyak kali kita berjanji pada diri kita tapi kita tak buat. That why kita dah tak percaya pada diri kita." Ujarku. Benarlah, Menangguh perjanjian kepada diri kita akan menatijahkan kehilangan yakin diri. Hidup ini, Sibuk-sibukkan lah mengislah diri sendiri. Ingatkan janji yang pernah disulam dibibir sendiri, jadikan ia realiti. Begitulah, Tentang diri yang memungkiri janji sendiri. -Afifahalwi-

1/14/2024, 8:32:27 AM

BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM ASSALAMUALAIKUM, SELAMAT PAGI.. "Serahkan hatimu hanya untuk Allah pasti Allah temukan padamu pemilik terbaik. Hamparkan masamu seluasnya hanya untuk Allah, pasti Allah aturkan kehidupanmu sebaiknya"... #PERINGATANUNTUKDIRISENDIRI

1/11/2024, 1:44:37 AM

Himpunan Hadis | Kematian itu Satu Kepastian Disebut bahawa Luqmanul Hakim pernah memberikan nasihat peringatan kepada anaknya tentang kematian mengejut. Daripada Uthman bin Zaidah, beliau berkata: قَالَ لُقْمَانُ لِابْنِهِ: يَا بُنَيَّ لَا تُؤَخِّرِ التَّوْبَةَ، فَإِنَّ الْمَوْتَ يَأْتِي بَغْتَةً... Luqmanul Hakim pernah menasihati anaknya dengan berkata: Wahai anakku! Janganlah kamu menunda-nunda taubat, sesungguhnya kematian akan datang secara tiba-tiba...” [Riwayat al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman (6802)] Firman Allah SWT: وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٌۭ ۖ فَإِذَا جَآءَ أَجَلُهُمْ لَا يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةًۭ ۖ وَلَا يَسْتَقْدِمُونَ “Dan bagi setiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan). Maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka lewatkan walaupun sesaat dan tidak pula mereka dahulukan. [Surah Al-A’raaf (7), ayat 34] Pengajaran :- - Cukuplah kematian itu sebagai peringatan. Bersedia atau tidak bersedia, suka atau tidak suka, kita sebagai hamba Allah pasti akan mati. - Semoga kita semua dapat meningkatkan amalan agar perjalanan untuk menuju ke alam Barzakh dan akhirat akan menjadi lebih mudah. 📌 Jom berWAQAF, Jom merebut peluang keemasan ini, Jom meraih cinta ILAHI dan kasih Rasulullah ﷺ, Jom membina generasi AL-QURAN yang unggul agar lebih ramai para Huffaz dilahirkan di pusat Akademi ini yang bertempat di Kampung Sungai Pagi, Kuala Kubu Bharu Selangor. ❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️ AKAUN MAYBANK PERTUBUHAN PENDIDIKAN AL-KHAIRIAH 562209688324 AKAUN CIMB AKADEMI KHAIRIAH 8605464468 https://toyyibpay.com/Waqaf-Fasa-4-5 ❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️ #islam #tausiyahislami #akademikhairiah #Muhammad #NabiSAW #Muslims #alquran #alqurankareem #ayatalquranhariini #himpunanhadis #kematianitupasti #KEMATIANpastiDATANG #peringatanuntukdirisendiri #SebarkanManfaat

1/8/2024, 9:49:49 AM

Media Official @sunnahstori 👇 🖥 Youtube : youtube.com/SunnahStori. 🌐 Telegram : t.me/sunnahstori 📱 Instagram : Instagram.com/sunnahstori 💻 Facebook : facebook.com/SunnahStori., Reposted from @sunnahstori #tarbiahsentap #tarbiah #dakwahsentap #dakwah #dakwahislam #islam #dakwahsunnah #sunnah #peringatan #peringatanbersama #peringatanuntukdirisendiri #motivasi #malaysia #indonesia #islammalaysia #islamindonesia #tazkirah #tazkirahringkas #masjid #imarahmasjid #alquran #kajianislam #kajiansunnah #nasihatislami #nasihat

1/2/2024, 2:24:44 PM

Siang Dan Malam Itu Akan Terus Berlalu Dengan Cepat Serta Umur Pun Semakin Berkurang Dan Ajal Mula Mendekat #peringatanuntukdirisendiri

1/1/2024, 7:03:18 PM

Jangan putus asa dalam melakukan kebaikkan, teruskan memotivasi diri untuk berbuat baik dalam semua hal kerana cepat atau lambat akan kita rasai nikmat dari Allah swt. #muhasabbahdiri #peringatanuntukdirisendiri

12/29/2023, 10:30:38 AM

Jangan putus asa dalam melakukan kebaikkan, teruskan memotivasi diri untuk berbuat baik dalam semua hal kerana cepat atau lambat akan kita rasai nikmat dari Allah swt. #muhasabbahdiri #peringatanuntukdirisendiri

12/28/2023, 12:49:26 AM

Dalam hidup ni, sangatlah rugi kalau kita tak ambil peluang fahami tafsir Al-Quran dan fahami Sirah Rasulullah. #peringatanuntukdirisendiri #semogakitaistiqamah Dan Allah tidak akan tangguhkan kematian seseorang apabila waktu kematiannya telah datang. Mati itu pasti. Semoga kita terpelihara dari fitnah kubur, fitnah hidup atau mati.

12/27/2023, 3:04:58 PM

PEGANG CERMIN SELALU UNTUK SELALU LIHAT KESALAHAN DIRI SENDIRI, BUKAN PEGANG KANTA PEMBESAR UNTUK LIHAT KESALAHAN ORANG LAIN. #PeringatanUntukDiriSendiri 🍃

12/24/2023, 1:46:44 PM

“Datangnya kematian tidak menunggu hingga kamu akan menjadi lebih baik, jadilah kamu orang baik dan tunggulah kematian.” #deepquotes #peringatanuntukdirisendiri #muhasabahdiri

12/24/2023, 9:20:11 AM

Alhamdulilah terima kasih sahabat2 yg d kejauhan turun kedah Dari kl dari penang turun sudi jumpa kita... Cheda mey Fika Eika Fikaeika Fika Eika Lens Lens my boss Siratulrahim bekekalan sehingga hari ini.. Pekenalan hanya d tt, Dalam persahabatan buang sifat iri hati,hasutan,suka memburukan antara 1 sma lain...inn syaa Allah persahabatan akan bkekalan... LAGI 1 FITNAH MENFITNAH JUGA AKAN MEROSAKKAN PERSAHABATAN.. #PERINGATANUNTUKDIRISENDIRI

12/23/2023, 12:28:09 PM

Assalamualaikum..salam sejahtera & selamat pagi buat semua 🤗❤️ #Peringatanuntukdirisendiri

12/23/2023, 3:38:19 AM

IMPIAN DAN MATLAMAT Alhamdulillah..semalam Allah beri peluang join training walaupun masih di hospital . Saya tak boleh lepaskan peluang belajar lagi dan lagi..Terima kasih team G100 dan Mentor saya sediakan platform ilmu terbaik untuk kami.. Saya suka penyampaian tenang Dr Muhammad Fadhli tentang Dream. Pesan Dr Fadhli, dream kita mungkin berubah mengikut usia..waktu usia 20an berbeza dengan usia 30an..berbeza jugak di usia 40an...Dream tahun ini mungkin dah tak sama dengan Dream tahun lepas.. Pesan Dr Fadhli, Dream kena visualize, kena tulis, jangan percaya kita boleh ingat dalam minda sahaja.. Tiada Dream yang salah , setiap orang ada dream berbeza...kenapa perlu jelas Dream kita apa..supaya ia sentiasa menjadi motivasi untuk teruskan apa yang kita sedang usahakan. Tambah Dr Fadhli lagi..Dream dan Goal adalah 2 perkara berbeza..selagi belum jelas antara keduanya..mungkin kita belum jumpa hot button untuk kita usaha sungguh-sungguh nak capai apa yang kita nak. Pagi ini teringat saya pesan Ustazah, jika dream atau cita-cita kita tidak mampu mengerakkan kita untuk bangun solat tahajud setiap hari..maksudnya Dream kita itu belum cukup kuat..matlamat khusnul khatimah serta Syurga Firdaus pun perlu minta bersungguh-sungguh disertakan action plannya..inikan pulak dream di dunia sementara.. #peringatanuntukdirisendiri Sahabat semua dah ada Dream Chart untuk tahun depan..semoga Allah mudahkan..lorongkan semuanya kearah kebaikan dunia akhirat... Salam Jumaat..Jom selawat.. 🌹Sue🌹 Dari Hospital Pantai Kuala Lumpur

12/22/2023, 3:28:03 AM