RoyalThrowback images

Discover Best RoyalThrowback Images of World

#food #travel #sports #news #may #wednesday

#ImbasKembali #RoyalThrowback Kebawah Duli Paduka Baginda Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah & Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Tunku Hajah Azizah Aminah Mainunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, ketika memerintah sebagai Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI & Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, berkenan berbuka puasa bersama rakyat jelata di Padang Majlis Perbandaran Kuantan (Padang MPK 1) di hadapan Masjid Sultan Ahmad Shah I, Kuantan, pada tanggal 15 Mei 2019. Berangkat sama adalah paduka anakanda baginda, Yang Amat Mulia Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah, serta isterinya, Yang Hormat Mulia Che Puan Panglima Puteri Suraiya Afzan Moiz, & anakanda sulung mereka iaitu Yang Mulia Tengku Adam Ibrahim Shah. Turut mengiringi adalah Menteri Besar Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail. Sumber gambar - FB Kerajaan Negeri #Pahang, Fb Raja Media & FB PEKAP #DaulatTuanku #دولت_توانکو #SultanPahang #RajaKita #TengkuAmpuanPahang #PermaisuriKita #PahangRoyalFamily #TenunPahangDiraja #HariIniDalamSejarah #OTD 5 years ago

5/15/2024, 4:36:51 AM

#ImbasKembali #RoyalThrowback Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, ketika bersemayam di atas singgasana negara sebagai Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, telah berkenan mengurniakan sumbangan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan ( #MAIWP) berjumlah RM1.35 juta kepada 14 tabung kebajikan hospital. Majlis tersebut telah diadakan di Auditorium Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Kuala Lumpur pada tanggal 15 Mei 2019. Sumber gambar - FB Kampus Kuala Lumpur #UKM #DaulatTuanku #دولت_توانکو #TengkuAmpuanPahang #PermaisuriKita #PahangRoyalFamily #TenunPahangDiraja #HariIniDalamSejarah #OTD 5 years ago

5/15/2024, 4:34:10 AM

#ImbasKembali #RoyalThrowback Perdana Menteri Malaysia Ke-VII, Tun Dr Mahathir Mohammad, menghadap Kebawah Dulu Yang Mana Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, di Istana Melawati, Putrajaya, pada tanggal 15 Mei 2019. Adalah menjadi kebiasaan bagi Perdana Menteri Malaysia menghadap Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebelum mesyuarat mingguan pra-kabinet diadakan bagi memaklumkan baginda berkenaan hal ehwal semasa negara. Mesyuarat secara tertutup itu biasanya diadakan pada pagi Rabu iaini pada hari yang sama mesyuarat mingguan pra-kabinet. Tun Dr Mahathir Mohamad adalah yang pertama dari 4 orang Perdana Menteri Malaysia yang berkhidmat sepanjang tempoh 5 tahun pemerintahan Kebawah Duli Paduka Baginda Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI dari tahun 2019 hingga 2024. #DaulatTuanku #دولت_توانکو #SultanPahangVI #RajaKita #PahangRoyalFamily #HariIniDalamSejarah

5/15/2024, 2:10:20 AM

#ImbasKembali #RoyalThrowback Kebawah Duli Paduka Baginda Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah & Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Tunku Hajah Azizah Aminah Mainunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, ketika memerintah sebagai Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI & Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, berkenan berangkat ke Majlis Iftar bersama warga Polis Diraja #Malaysia di Masjid Bukit Aman pada tanggal 14 Mei 2019. Dirgahayu Tuanku. Semoga dilindungi Allah selamanya. Amin. Sumber gambar - FB PDRM #DaulatTuanku #دولت_توانکو #SultanPahang #RajaKita #TengkuAmpuanPahang #PermaisuriKita #PahangRoyalFamily #TenunPahangDiraja #HariIniDalamSejarah #OTD 5 years ago

5/14/2024, 10:55:28 AM

#ImbasKembali #RoyalThrowback Kebawah Duli Paduka Baginda Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah & Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Tunku Hajah Azizah Aminah Mainunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, ketika memerintah sebagai Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI & Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, berkenan berangkat ke Majlis Berbuka Puasa bersama Warga Angkatan Tentera Malaysia di Masjid Khalid Al-Walid, Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur pada tanggal 13 MRI 2019. * Gambar² diperolehi dari FB Unit Fotografi Jabatan Penerangan #Malaysia, FB Tentera Darat Malaysia & FB Kementerian Pertahanan Malaysia #DaulatTuanku #دولت_توانکو #SultanPahang #RajaKita #TengkuAmpuanPahang #PermaisuriKita #PahangRoyalFamily #HariIniDalamSejarah #OTD 5 years ago

5/13/2024, 5:04:37 AM

Time flies! 🎉 Exactly a year ago, Simon and Stephen were dazzling guests at The Royal Garden Party at Buckingham Palace during King Charles’ coronation! 🏰👑 Celebrated for their extraordinary contributions to The Oval Bandstand & Lawns. Raising a royal toast to their relentless dedication! 🥂✨ #RoyalThrowback #RoyalGardenParty #CommunityChampions #OvalBandstandMagic #Margate #Thanet #CelebratingOurBest #cliftonville

5/10/2024, 5:01:26 PM

#ImbasKembali #RoyalThrowback Kebawah Duli Paduka Baginda Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, ketika bergelar Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, berkenan menerima menghadap Yang Amat Arif Tun Tengku Maimun Tuan Mat di Istiadat Mengangkat Sumpah Memegang Jawatan Ketua Hakim Negara yang diadakan di Bilik Singgahsana Kecil, Istana Negara, pada tanggal 5 Mei 2019. Sumber gambar - FB Unit Fotografi Jabatan Penerangan #Malaysia #DaulatTuanku #دولت_توانکو #SultanPahangVI #RajaKita #PahangRoyalFamily

5/6/2024, 1:58:07 AM

#ImbasKembali #RoyalThrowback Maharaja Naruhito di Upacara Pemasyhuran baginda sebagai Maharaja Jepun Ke-126 pada tanggal 1 Mei 2019. Hari ini merupakan ulangtahun pemerintahan baginda yang ke-5. Seperti Maharaja-Maharaja Jepun yang lain, tempoh pemerintahan baginda juga mempunyai namanya yang tersendiri. Nama yang dipilih bagi tempoh pemerintahan baginda adalah Reiwa yang bermaksud keharmonian yang indah. Nama tersebut diilhamkan dari sajak lama Jepun. #HariIniDalamSejarah

5/1/2024, 2:56:42 AM

#ImbasKembali #RoyalThrowback Kebawah Duli Paduka Baginda Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, ketika memerintah sebagai Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI, telah berkenan menerima sembah menghadap perpisahan Tan Sri Mohamad Fuzi Harun di Istana Negara pada 30 April 2019. Tan Sri Mohamad Fuzi Harun merupakan Ketua Polis Negara Ke-11 yang berkhidmat antara tanggal 4 September 2017 hingga persaraannya pada tanggal 4 Mei 2019. Sumber gambar - FB Tan Sri Mohamad Fuzi Harun #DaulatTuanku #دولت_توانکو #SultanPahangVI #RajaKita #PahangRoyalFamily #HariIniDalamSejarah

4/30/2024, 4:33:40 AM

#ImbasKembali #RoyalThrowback Kebawah Duli Paduka Baginda Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, ketika memerintah sebagai Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI, telah berkenan bercemar duli ke Rumah Contoh SASaR di Residensi Sateria, Kem Transmitter Sungai Besi di Kuala Lumpur pada tanggal 29 April 2019. Projek SASaR yang bermaksud Satu Anggota Satu Rumah adalah sebuah projek yang dirancang sejak tahun 2016 bermatlamat untukp membantu anggota² pertahanan negara kita, sama ada yang sedang berkhidmat ataupun yang telah bersara, untuk membeli kediaman sendiri pada harga mampu milik. Projek perumahan Residensi Sateria dijangka siap pada tahun ini. Sumber gambar - FB Unit Fotografi Jabatan Penerangan #Malaysia #DaulatTuanku #دولت_توانکو #SultanPahangVI #RajaKita #PahangRoyalFamily #HariIniDalamSejarah

4/29/2024, 7:10:24 AM

"Beauty's Royal Company: When the Princess Steals the Show" In the early 1900s, Persian Princess Qajar was a true beauty icon, the kind whose charm could overshadow even the grandest of company. Here she is, casually outshining her hubby and kiddo. Let's play a little game of historical 'Where's Waldo?' — royal edition! #GuessTheGroom #BeautyQueen #RoyalThrowback #FamilyPortraitFun #PersianPride #VintageVibes #BeautyStandards #HistoricalHumor #SpotTheSpouse #PrincessQajarChallenge

4/28/2024, 10:27:04 PM

#ImbasKembali #RoyalThrowback Kebawah Duli Paduka Baginda Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah & Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj berkenan untuk berswafoto dengan para pendaki di Majlis Pelepasan Peserta Pendaki Gunung Pine Tree pada tanggal 28 April 2019. Ia bersempena dengan Sambutan Meraikan 100 Tahun Bukit Fraser. Ketika itu, baginda berdua memerintah negara kita sebagai Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI & Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Penyempurnaan majlis tersebut diadakan di Menara Jam Bukit Fraser yang merupakan mercu tanda bersejarah & tarikan utama di kawasan pelancongan yang mirip dengan perkampungan Inggeris itu. Seramai 108 pendaki berjaya menamatkan pendakian untuk menawan puncak gunung setinggi 1,480 meter itu. Pada hari yang sama, Kebawah Duli Tuanku Sultan juga berkenan menyertai Perlawanan Golf 9 Lubang di Padang Gold Bukit Fraser yang merupakan padang golf tertua di negara kita sejak dibuka pada tahun 1925. Sumber gambar - Laman sesawang #Malaysia Gazette #DaulatTuanku #دولت_توانکو #SultanPahang #RajaKita #TengkuAmpuanPahang #PermaisuriKita #PahangRoyalFamily #HariIniDalamSejarah #OTD 5 years ago

4/28/2024, 4:02:50 AM

#ImbasKembali #RoyalThrowback ݢمبر٢ کباوه دولي ڤدوک بݢيندا تڠکو امڤوان #ڤهڠ تنکو حاجه عزيزه امينه مايمونه اسكندريه بنت المرحوم المتوکل على الله سلطان اسکندار الحاج کتيک بݢيندا ملاوت موزيوم راني بروک د محکمه لاما کوچيڠ ڤد تڠݢل ٢٦ اڤريل ٢٠٢٩. Gambar² Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan #Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj ketika baginda melawat Muzium Ranee Brooke di Mahkamah Lama Kuching pada tanggal 26 April 2019. کتيک ايت تڠکو امڤوان ڤهڠ برݢلر سري ڤدوک بݢيندا راج ڤرمايسوري اڬوڠ. لاوتن دراج ترسبوت دأيريڠي اوليه ايستري ڤريميئر سراوق، داتوق امر جمعني تون توانکو بوجڠ & يڠ برحرمت اهلي ديوان اوندڠن دالت، داتوق سري فاتيمه عبدالله، يڠ ممݢڠ جاوتن منتري کباجيقن، وانيتا دان ڤمباڠونن کلوارݢ سراوق. Ketika itu Tengku Ampuan Pahang bergelar Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Lawatan diraja tersebut diiringi oleh isteri Premier Sarawak, Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang & Yang Berhormat Ahli Dewan Undangan Dalat, Dato' Sri Fatimah Abdullah, yang memegang jawatan Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Sarawak. کباوه دولي ڤدوک توانکو جوݢ توروت برکسمڤتن برتمو دڠن دايڠ سيتي سعديه بنت ابڠ نور صالح يڠ مروڤاکن ڤڽولم کريڠکم يڠ دڤاکاي اوليه بݢيندا د مجليس خاتم القران سمڤنا ايستيعادت ڤرکهوينن دراج ڤد تاهون ١٩٨٦ دهولو. Kebawah Duli Paduka Tuanku turut berkesempatan bertemu dengan Dayang Siti Saadiah Binti Abang Nor Saleh yang merupakan penyulam keringkam yang dipakai oleh baginda di Majlis Khatam Al-Quran sempena Istiadat Perkahwinan Diraja pada tahun 1986 dahulu. سومبر ݢمبر / Sumber gambar - لامن سساوڠ برنام, جابتن ڤنرڠن #مليسيا & بريتا هارين. Laman sesawang Bernama, Jabatan Penerangan #Malaysia & Berita Harian. #DaulatTuanku #دولت_توانکو #TengkuAmpuanPahang #PermaisuriKita #PahangRoyalFamily #HariiniDalamSejarah #OTD 5 years ago #JumaatHariJawi

4/26/2024, 1:16:21 PM

#ImbasKembali #RoyalThrowback کباوه دولي غدوک بݢيندا سلطان #ڤهڠ السلطان عبدالله رعاية الدين المصطفى بالله شاه ابن المرحوم سلطان حاج احمد شاه المستعين بالله تله برکنن براڠکت ک مجليس سمبه تعليمت مجليس إسلام #سراوق & ڤڠورنياءن وتيقه ڤلانتيقن يڠ دڤرتوا مجليس إسلام سراوق، مفتي سراوق & اڠݢوتا٢ مجليس إسلام سراوق برتمڤت د ديوان مجمع توانکو عبد الهليم معظم شاه کوچيڠ. Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan #Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah telah berkenan berangkat ke Majlis Sembah Taklimat Majlis Islam #Sarawak & Pengurniaan Watikah Pelantikan Yang Di-Pertua Majlis Islam Sarawak, Mufti Sarawak & Anggota² Majlis Islam Sarawak pada pagi 26 April 2019 bertempat di Dewan Majma' Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah, #Kuching. کتيک ايت بݢيندا برݢلر سري ڤدوک بݢيندا يڠ دڤرتوان اڬوڠ ک-١٦. کبراڠکتن بݢيندا دأيريڠي اوليه ڤدوک انقندا، يڠ امت ،مليا تڠکو ڤڠليما راج تڠکو امور ناصر ابراهيم شاه. Panglima Raja Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah, Ketika itu baginda bergelar Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI. Keberangkatan baginda diiringi oleh paduka anakanda, Yang Amat Mulia Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah. ڤد تڠه هاري ايت کباوه دولي توانکو سلطان برسام تڠکو ڤڠليما راج تله براڠکت ک مسجد دار الهان اونتوق منونايکن صلاة فرض جمعة. Pada tengah hari itu, Kebawah Duli Tuanku Sultan bersama Tengku Panglima Raja telah berangkat Masjid Darul Hana di Petra Jaya untuk menunaikan solat fardhu Jumaat. سومبر ݢمبر / Sumber gambar - ايف.بي. اونيت فوتوݢرافي جابتن ڤنرڠن #مليسيا FB Unit Fotografi Jabatan Penerangan #Malaysia #DaulatTuanku #دولت_توانکو #SultanPahang #RajaKita #TengkuPanglimaRaja #HariIniDalamSejarah #OTD 5 years ago #JumaatHariJawi

4/26/2024, 3:02:20 AM

#ImbasKembali #RoyalThrowback Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah & Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, ketika bergelar Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI & Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, telah berkenan melawat Pusat Pejalan Kaki India Street & Tebingan Kuching pada petang 25 April 2019. India Street atau Lebuh India adalah satu kawasan perdagangan kaum India pada awal abad ke-20 dahulu. Namanya diilhamkan oleh Dr Krishna yang merupakan doktor peribadi kepada Rajah Charles Vyner Brooke, pada tahun 1928. Tebingan Kuching atau Kuching Waterfront adalah sebuah lagi kawasan pelancongan yang istimewa di Bumi Kenyalang. Ia dirasmikan pada tahun September 1993 & dihiasi dengan pelbagai daya tarikan seperti bangunan-bangunan bersejarah serta hotel-hotel yang menghadap Sungai Sarawak. Sumber gambar - Laman sesawang #Malay Mail & FB Unit Fotografi Jabatan Penerangan #Malaysia #DaulatTuanku #دولت_توانکو #SultanPahang #RajaKita #TengkuAmpuanPahang #PermaisuriKita #PahangRoyalFamily #PahangDanJohorBerpisahTiada #HariIniDalamSejarah

4/24/2024, 9:28:34 PM

🇸🇪 #RoyalThrowback Crown Princess Victoria's outfits during her visit to Bangladesh. Do you have an favourite one? Write it under the post. ________________________________________________ #crownprincessvictoria #prinsessanvictoria #kronprinsessanvictoria #victoriaingridalicedesiree #royal #royals #royalnews #adel #monarchy #monarchie #dynastie #royalityworld #royalfamily #royalkids #bernadotte #swedenroyals #swedenroyalfamily

4/7/2024, 8:48:28 PM

🇸🇪 #RoyalThrowback Queen Silvia's outfits during her statevisit to Mexico last month. Do you have a favourite one? I absolutly love the second and thirt dress. 📸 created by my self ______________________________________________ #queensilvia #königinsilvia #silviasommerlath #silviarenatesommerlath #drottningsilvia #swedenroyals #swedenroyalfamily #royal #royals #royalnews #adel #monarchy #monarchie #dynastie #royalityworld #royalfamily #royalkids #bernadotte #swedenroyals #swedenroyalfamily #sverige #stockholm #Drottningholm

4/7/2024, 5:32:02 PM

🇸🇪 #RoyalThrowback Crown Princess Victoria's dresses during her working visit to San Francisco last month. Do you have an favourite one? 📸 self created ________________________________________________ #crownprincessvictoria #prinsessanvictoria #kronprinsessanvictoria #victoriaingridalicedesiree #royal #royals #royalnews #adel #monarchy #monarchie #dynastie #royalityworld #royalfamily #royalkids #bernadotte #swedenroyals #swedenroyalfamily #sanfrancisco #unitedstatesofamerica #usa #goldengatebridge #california

4/7/2024, 2:16:02 PM

#ImbasKembali #RoyalThrowback Gambar² Kebawah Duli Paduka Baginda Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustsfa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah & Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj (ketika ini baginda berdua bergelar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI & Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong) yang dirakamkan ketika baginda berdua berangkat ke Majlis Anugerah Sukan Negara 2018 yang diadakan pada malam 23 April 2019. Pada majlis itu, Tuanku Sultan Pahang telah berkenan mengurniakan piala kepada atlet tenpin boling negara, Muhammad Rafiq Ismai, dan atlet gimrama negara, Amy Kwan Dict Weng, yang dinobatkan sebagai Olahragawan & Olahragawati Kebangsaan pada tahun itu. Manakala bekas Setiausa Agung & Setiausana Agung Majlis Olimpik Malaysia, Dato' Sieh Kok Chi, dikurniakan Anugerah Kepimpinan Sukan do atas pencapaian serta sumbangannya kepada badan sukan negara itu sehingga membuatkan beliau dikenal dengan gelaran " Mr OCM " (Olympic Council Of #Malaysia) Sumber gambar - Laman sesawang Malaysia Gazette #DaulatTuanku #دولت_توانکو #SultanPahang #RajaKita #TengkuAmpuanPahang #PermaisuriKita #PahangRoyalFamily #MalaysiaRoyalFamily #PahangDanJohorBerpisahTiada

4/3/2024, 8:33:53 AM

#ImbasKembali #RoyalThrowback Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, ketika bergelar Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI, telah berkenan berangkat menghadiri Mesyuarat Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam #Melayu #Pahang pada tanggal 23 April 2019. #DaulatTuanku #دولت_توانکو #SultanPahangVI #RajaKita #PahangRoyalFamily

4/2/2024, 8:37:36 AM

#ImbasKembali #RoyalThrowback کباوه دولي ڤدوک بݢيندا تڠکو امڤوان ڤهڠ تنکو حاجه عزيزه امينه مايمونه اسكندريه بنت المرحوم المتوکا على الله سلطان اسکندار الحاج، کتيک برݢلر سري ڤدوک بݢيندا راج ڤرمايسوري اڬوڠ، تله مڽمڤورناکن ڤراسمين بوکو برجودول " A Legacy Remebered " ڤد تڠݢل ٢١ اڤريل ٢٠١٩. Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, ketika bergelar Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, telah menyempurnakan perasmian buku berjudul " A Legacy Remembered " pada tanggal 21 April 2019. بوکو يڠ دحاصيلکن اوليه ڤنوليس داتوق سيتي صالحة شيخ ابو باکر ايت برکيسرکن سوسور ݢالور باڤ سسترا ملايو مودن اللهيرحم منشي عبدالله. Buku yang dihasilkan oleh bekas hakim, Datuk Siti Saleha Sheikh Abu Bakar, itu berkisarkan susur galur Bapa Sastera Melayu Moden Allahyarham Munshi Abdullah. بوکو يڠ مڠمبيل ماس سلاما ٧ تاهون اونتوق دسياڤکن itu توروت مڽنتوه مڠناءي سومبڠن انقڽ، اللهيرحم محمد ابراهيم، يڠ دڬلر باڤ ڤنديديقن #ملايو #جوهر. Buku yang mengambil masa selama 7 tahun untuk disiapkan itu turut menyentuh mengenai sumbangan anakanya, Allahyarham Muhammad Ibrahim, yang digelar Bapa Pendidikan #Melayu #Johor. بوکو ترسبوت تيدق اکن دجوال، سباليقڽ اکن دايدرکن ک سکوله٢ د جوهر باݢي مڠيسي کوليکسي ڤرڤوستاکاءن مريک. Buku tersebut tidak akan dijual, sebaliknya akan diedarkan ke sekolah-sekolah di Johor bagi mengisi koleksi perpustakaan mereka. سومبر ݢمبر / Sumber gambar - ايف.بي. اونيت فوتوݢرافي جابتن ڤنرڠن #مليسيا FB Unit Fotografi Jabatan Penerangan #Malaysia #DaulatTuanku #دولت_توانکو #TengkuAmpuanPahang #PermaisuriKita #PahangRoyalFamily #JumaatHariJawi

3/29/2024, 1:29:56 AM

#ImbasKembali #RoyalThrowback ݢمبز٢ يڠ دراقمکن ڤد ٩ اوکتوبر ٢٠١٣ د مجليس ڤلنچرن باتون راتو سمڤنا تماش سوکن کومنويل يڠ باکل دهوسكن اوليه باندراي ڬلسلو ڤد تاهون ٢٠١٤. Gambar² yang dirakamkan pada 9 Oktober 2013 di majlis pelancaran Baton Ratu sempena temasya Sukan Komanwel yang bakal dihoskan oleh Bandaraya Glasgow pada tahun 2014. يڠ امت مليا تونکو مودا سرتيڠ تونکو عمران ابن المرحوم توانکو جعفر، سلاکو ڤريسيدن ڤرسکوتوان سوکن کومنويل، ممبنتو راتو إليزابيث ک-٢ ممسوقکن تيته اوچڤن ڤراسمين سوکن کومنويل ک-٢٩ ک دالم باتون ترسبوت. Yang Amat Mulia Tunku Muda Serting Tunku Imran Ibni Almarhum Tuanku Ja'afar, selaku Presiden Persekutuan Sukan Komanwel, membantu Ratu Elizabeth II memasukkan titah ucapan perasmian Sukan Komanwel Ke-XX ke dalam baton tersebut. هاري اين، ٢١ مچ ٢٠٢٤، مروڤاکن اولڠتاهون کڤوتراءن بڠ امت مليا تونکو مودا سرتيڠ. سموݢ الله تعالى ممنجڠکن اوسيا بݢيندا دڠن کصيحتن يڠ ترباءيق سرتا سموݢ بݢيندا دبرکتي دڠن ڤهالا يڠ مليمڤه-رواه، درجت کملياءن يڠ تيڠݢي، کبهاݢياءن & کسلامتن د دنيا اتاوڤون د اخيرة کلق. آمين. Hari ini, 21 Mac 2024, merupakan ulangtahun keputeraan Yang Amat Mulia Tunku Muda Serting. Semoga Allah Ta'ala memanjang usia baginda dengan kesihatan yang terbaik serta semoga baginda diberkati dengan pahala yang melimpah-ruah, darjat kemuliaan yang tinggi, kebahagiaan & keselamatan sama ada di dunia atau pun di akhirat kelak. Amin. #DirgahayuTuanku #RoyalBirthday #Anniversary #NegeriSembilanRoyalFamily #MalaysiaRoyalFamily #ElizabethII #HeadOfTheCommonwealth #CommlnwealthGames #DukeOfEdinburgh #PrincePhilip

3/21/2024, 8:54:44 AM

#ImbasKembali #RoyalThrowback Semalam merupakan ulangtahun ke-50 peristiwa cubaan menculik Puteri Anne The Princess Royal & suaminya ketika itu, Kapten Mark Phillips. Peristiwa yang berlaku pada tanggal 20 Mac 1974 mengejutkan Britain & seluruh dunia kerana ianya tidak pernah berlaku ke atas mana² kerabat diraja negara tersebut sebelum itu. Britain dianggap sebagai negara yang paling selamat di dunia. Pada petang tersebut, Puteri Anne & suaminya sedang dalam perjalanan pulang ke Istana Buckingham. Kenderaan Rolls Royce Princess IV yang membawa mereka telah dihalang oleh kereta Ford Escot milik Ian Ball (si penculik) ketika melalui The Mall. Ian cuba melepaskan tembakan, tetapi dihalang oleh Inspektor James Beaton & Alex Callender (pengawal peribadi & pemandu Puteri Anne) menyebabkan mereka berdua cedera ditembak. Begitu juga dengan seorang wartawan, Brian McConnell & anggota polis, Konstabel Michael Hills, yang yang cuba membantu (ketika itu Konstabel Hills telah menghubungi balai meminta bantuan & dijawab oleh Detektif Konstabel Peter Edmonds Ian cuba menarik Puteri Anne keluar dari kenderaan baginda & berkata yang dia mahu mendapatkan wang tebusan sebanyak £2-3 juta untuk diberikan kepada Khidmat Kesihatan Kebangsaan (National Health Service atau NHS) . Puteri Anne membalas dengan berkata "Not bloody likely" & baginda tidak ada wang sebanyak itu. Seorang bekas peninju, Ron Russell, yang ternampak kejadian tersebut berjaya menghalang Ian & membolehkannya ditangkap. Mahkamah mendapati Ian menghidap sakit skizofrenia & dia masih lagi ditahan di pusat sakit jiwa sehingga kini. Detektif Peter Edmonds, pemandh peribadi Alex Callender & wartawan Brian MacConnell dikurniakan pingat Queen's Gallantry Medal, manakala Inspektor James Beaton, Konstabel Michael Hills & Ron Russell dikurniakan pingat George Cross oleh Ratu Elizabeth II di atas jasa² mereka (pingat ini sama tarafnya seperti pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (S.P) yang merupakan Darjah Persekutuan tertinggi sekali di negara kita) Ketika mengurniakan pingat² itu, Ratu Elizabeth II bertitah, " Pingat ini adalah kurniakan Sang Ratu, tetapi beta ingin mengucapkan terima kasih sebagai bonda Anne."

3/21/2024, 3:11:33 AM

#ImbasKembali #RoyalThrowback Kebawah Duli Paduka Baginda Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustsfa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah menunaikan Solat Jumaat di Masjid Jamek Sultan Abdul Samad Kuala Lumpur (dahulunya dipanggil Masjid Jamek Bandaraya Kuala Lumpur) pada tanggal 19 April 2019. Baginda ketika itu bergelar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI. Turut mengiringi adalah Sahibus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan ketika itu, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Pada sebelah petangnya, Kebawah Duli Yang Paduka Baginda Al-Sultan Abdullah serta Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj (ketika itu bergelar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong) dengan penuh sukacitanya gelah berkenan meraikan para hakim & peserta Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) 2019 dalam Majlis Santapan Minum Petang di Istana Negara Kuala Lumpur. MTHQA 2019 yang diadakan pada bulan Mac sebelum itu telah mencatat sejarah apabila disertai lima negara Eropah iaitu Sweden, Norway, Azerbaijan, Montenegro dan Austria, selain dua negara Afrika iaitu Kenya dan Ivory Coast buat julung kalinya. Sumber gambar - FB Masjid Jamek Sultan Abdul Samad Kuala Lumpur #DaulatTuanku #دولت_توانکو #SultanPahang #RajaKita #TengkuAmpuanPahang #PermaisuriKita #PahangRoyalFamily #MalaysiaRoyalFamily #PahangDanJohorBerpisahTiada

3/20/2024, 2:48:17 AM

#ImbasKembali #RoyalThrowback Kebawah Duli Paduka Baginda Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustsfa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah & Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj (ketika ini baginda berdua bergelar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI & Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong) di Istana Negara Kuala Lumpur pada tanggal 18 April 2019. Gambar² ini dirakamkan ketika Tuanku Sultan menerima menghadap pihak pengurusan tertinggi Jabatan Imigresen #Malaysia. Sumber gambar - FB Jabatan Imigresen Malaysia #DaulatTuanku #دولت_توانکو #SultanPahang #RajaKita #TengkuAmpuanPahang #PermaisuriKita #PahangRoyalFamily #MalaysiaRoyalFamily #PahangDanJohorBerpisahTiada

3/20/2024, 12:59:40 AM

How early 90s is this picture? Or late eighties? That style and accessories like Madeline’s watch brings back so many memories of that great time. 📸 Credit to the rightful owner #princessmadeleine #princessmadeleineofsweden #prinsessanmadeleine #queensilvia #drottningsilvia #royalthrowback #throwback #the90s #the80s #royals #swedishroyals #swedishroyalfamily #theroyalpages #royalty #royalchildren #thosewerethedays

3/15/2024, 9:44:18 PM

ImbasKembali #RoyalThrowback کباوه دولي يڠ مها مليا سلطان ڤهڠ السلطان عبدالله رعاية الدين المصطفى بالله شاه ابن المرحوم سلطان حاج احمد شاه المستعين بالله (کتيک ايت برݢلر سري ڤدوک بݢيندا يڠ دڤرتوان اڬوڠ ک-١٦) برسام ڤدوک انقندا، يڠ امت موليا تڠکو ڤڠليما ڤرڠ تڠکو احمد اسماعيل معظم شاه، برکنن برڠکت منونايکن صلاة جمعة د مسجد الايمان، كمنسه Heights د امڤڠ، سلاڠور ، ڤد تڠݢل ١٢ اڤريل ٢٠١٩. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah (ketika itu baginda bergelar Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI) bersama paduka anakanda, Yang Amat Mulia Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Mu'adzam Shah, berkenan berangkat menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al-Iman, Kemensah Heights, di #Ampang, #Selangor, pada tanggal 12 April 2019. ڤد هاري يڠ سام، ڤلباݢاي ڤيهق دري کالڠن رعيت يڠ بربيلڠ قوم تله منونجوقکن کستياءن & کطاعتن مريک کڤد توانکو سلطان دڠن ممبوات لاڤورن ڤوليس د اتس کبيادبن لامن فيسبوک سابه سراوق مرديک يڠ سجق ايت سوده ڤوڤوس دري چارين. الحمدلله ! Pada hari yang sama, pelbagai pihak dari kalangan berbilang kaum telah menunjukkan kesetiaan & ketaatan mereka kepada Tuanku Sultan dengan membuat laporan polis di atas kebiadaban laman Facebook Sabah Sarawak Merdeka yang sejak itu sudah pupus dari carian. Alhamdulillah ! Sumber - FB Unit Fotografi Jabatan Penerangan #Malaysia #DaulatTuanku #دولت_توانکو #SultanPahangVI #RajaKita #PahangRoyalFamily #MalaysiaRoyalFamily #JumaatHariJawi

3/1/2024, 1:15:04 AM

ImbasKembali #RoyalThrowback کباوه دولي يڠ مها مليا سلطان ڤهڠ السلطان عبدالله رعاية الدين المصطفى بالله شاه ابن المرحوم سلطان حاج احمد شاه المستعين بالله (کتيک ايت برݢلر سري ڤدوک بݢيندا يڠ دڤرتوان اݢوڠ ک-١٦) & کباوه دولي يڠ مها مليا تڠکو امڤوان ڤهڠ تنکو حاجه عزيزه امينه مايمونه اسكندريه بنت المرحوم المتوکل على الله سلطان اسکندار الحاج (کتيک ايت برݢلر سري ڤدوک بݢيندا راج ڤرمايسوري اڬوڠ) برچمر دولي برڠکت ک مجليس انوݢره ڤرساتوان ڤنوليس٢ سوکن مليسيا ک-٥٠ د هوتيل هيلتون ڤتاليڠ جاي، سلاڠور، ڤد مالم ١٠ اڤريل ٢٠١٩. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah (ketika itu baginda bergelar Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI) & Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj (ketika itu baginda bergelar Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong) bercemar duli berangkat ke Majlis Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) Ke-50 di Hotel Hilton Petaling Jaya, Selangor, pada malam 10 April 2019. Sumber - FB Unit Fotografi Jabatan Penerangan #Malaysia #DaulatTuanku #دولت_توانکو #SultanPahangVI #RajaKita #TengkuAmpuanPahang #PermaisuriKita #PahangRoyalFamily #PahangDanJohorBerpisahTiada #MalaysiaRoyalFamily #JumaatHariJawi

2/29/2024, 12:26:50 PM

ImbasKembali #RoyalThrowback Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah (ketika itu baginda bergelar Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI) & Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj (ketika itu baginda bergelar Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong) bercemar duli berangkat ke Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan Hakim Mahkamah Tinggi di Bilik Singgahsana Kecil, Istana Negara, pada tanggal 9 April 2019. Istiadat tersebut turut disaksikan oleh Tun Richard Malanjum, Tan Sri Dr Ismail Bakar & Tan Sri Ahmad Maarop yang ketika itu berkhidmat sebagai Ketua Hakim Negara, Ketua Setiausaha Negara & Ketua Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia. Istiadat ini juga merupakan yang pertama dalam Sejarah pemerintahan baginda sebagai Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sejak menaiki takhta pada 31 Januari 2019. Sumber - FB Unit Fotografi Jabatan Penerangan #Malaysia #DaulatTuanku #دولت_توانکو #SultanPahangVI #RajaKita #TengkuAmpuanPahang #PermaisuriKita #PahangRoyalFamily #PahangDanJohorBerpisahTiada #MalaysiaRoyalFamily

2/28/2024, 10:57:32 AM

#ImbasKembali #RoyalThrowback Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj (ketika itu baginda bergelar Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong) berangkat ke Muzium Diraja bersama paduka anakanda, Yang Amat Mulia Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah Binti Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (kini bergelar Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah Binti Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah) pada tanggal 8 April 2019. Muzium Diraja atau dahulunya digelar Istana Negara mula dibuka pada tanggal 1 Februari 2013 selepas kejayaan pameran "Raja Kita" yang diadakan sempena Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong XIV pada tahun sebelumnya. Asalnya Muzium Diraja itu adalah sebuah rumah agam yang dibina pada 1928 untuk keluarga jutawan berbangsa Cina bernama Chang Win. Kediamannya itu telah dirampas oleh bala Tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua & dijadikan kediaman Gabenor Jepun di Tanah Melayu. Selepas perang tamat, rumah agam yang dipanggil The Big House itu telah digunakan oleh British Military Adminstration (BMA) sebagai kediaman mess pegawai² tentera. The Big House kemudian diubahsuai untuk disewakan kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Almarhum Sultan Hisamuddin Alama Shah Ibni Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah pada tahun 1950 bagi dijadikan Istana Selangor sehinggalah apabila tempoh pajakan tamat pada Februari 1957 & istana ini dijual pula pihak Persekutuan Tanah #Melayu beberapa bulan sebelum tarikh kemerdekaan untuk dijadikan Istana Negara iaitu istana persemayaman serta pusat pemerintahan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Sumber gambar - FB Jabatan Muzium #Malaysia #DaulatTuanku #دولت_توانکو #TengkuAmpuanPahang #PermaisuriKita #PahangRoyalFamily #PahangDanJohorBerpisahTiada #MalaysiaRoyalFamily

2/22/2024, 2:53:31 AM

✨ Like it was yesterday ✨ 2024: King Frederik and Queen Mary of Denmark on proclamation day. They’ve been together over two decades and share four children. 2005: Crown Prince Frederik marries Mary Donaldson, making her Denmark’s new crown princess.

2/21/2024, 9:41:50 PM

#ImbasKembali #RoyalThrowback Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah (ketika itu bergelar Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI) & Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (kini bergelar Yang Amat Mulia Tengku Arif Bendahara) berkenan berangkat ke Pameran Halal Antarabangsa Malaysia ( #MIHAS) Ke-16 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia ( #MITEC) pada petang 5 April 2019. MIHAS merupakan ekspo perdagangan halal yang melibatkan entri daripada peserta lokal dan antarabangsa, menjadikannya sebagai suatu platform bagi perdagangan halal global. Antara negara-negara antarabangsa yang turut terlibat dengan pameran berkenaan adalah Thailand, Indonesia, Amerika Syarikat, India, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Palestin, Kuwait, dan Taiwan. Pameran perdagangan halal yang ke-16 itu juga berjaya mendapatkan lebih 1,000 penyertaan pameran dari 44 negara dengan 1.5 juta produk halal dipamerkan. Sumber - FB Roast Kitchen #Malaysia , Astro Awani, Berita Harian & beberapa laman sesawang lain. #DaulatTuanku #دولت_توانکو #SultanPahangVI #RajaKita #PahangRoyalFamily #MalaysiaRoyalFamily #TenunPahangDiraja

2/14/2024, 5:40:35 AM

#ImbasKembali #RoyalThrowback Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah (ketika itu bergelar Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI) berkenan berangkat ke Masjid Bukit Aman, Kuala Lumpur, bagi menunaikan Solat Jumaat pada tanggal 5 April 2019. Keberangkatan baginda bersama paduka anakanda, Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (kini bergelar Yang Amat Mulia Tengku Arif Bendahara) disambut oleh Ketua Polis Negara ketika itu, IG Tan Sri Dato' Sri Fuzi Harun, Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara CP Dato' Seri Hamid Bador, jemaah Pengarah Polis Diraja #Malaysia ( #PDRM) serta Mufti Wilayah Persekutuan ketika itu, Sahibus Samahah Dato' Seri Dr Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Khutbah Jumaat pada hari itu disampaikan oleh Penolong Pengarah (Agama) Jabatan Integriti Dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman ACP Haji Ghazali Haji Daud (kini DCP Dato' Haji Ghazali Haji Daud) Masjid Bukit Aman yang terletak berhampiran Ibu Pejabat PDRM di Bukit Aman dirasmikan oleh Perdana Malaysia Ke-IV Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 1998 sempena ulangtahun Hari Polis Ke-121. Sebelum berangkat pulang, Kebawah Duli Tuanku Al-Sultan Abdullah sempat mengurniakan sumbangan Masjid Bukit Aman serta kepada 200 kanak² yang mengikuti Kelas Asas Fardhu Ain (KAFA) Integrasi Al-Husna serta kanak² yang turut berjemaah dengan baginda pada tengah hari itu. Sumber gambar - FB Rasmi Polis Diraja Malaysia #DaulatTuanku #دولت_توانکو #SultanPahangVI #RajaKita #RajaDanPolis #PahangRoyalFamily #MalaysiaRoyalFamily

2/13/2024, 5:34:36 AM

#ImbasKembali #RoyalThrowback Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah (ketika itu bergelar Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI) menerima menghadap Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa atau Fédération Internationale De Football Association ( #FIFA) iaitu Gianni Infantino di Istana Negara Kuala Lumpur pada tanggal 5 April 2019. Pertemuan tersebut adalah bagi Presiden FIFA menyembahkan ucapan tahniah sempena pemasyhuran Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI serta untuk menyampaikan penghargaan di atas jasa-jasa baginda sepanjang menganggotai Majlis FIFA Seperti paduka ayahanda baginda, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Abdullah turut dikenali sebagai peminat sukan bola sepak & telah banyak menyumbangkan jasa kepada badan bola sepak di dalam negara serta di peringkat antarabangsa. Keanggotaan baginda di dalam Majlis FIFA adalah dari tahun 2015 hingga 2019. Baginda meletakkan jawatan pada tanggal 8 Februari 2019 bagi menggalas amanah sebagai Ketua Negara #Malaysia. #DaulatTuanku #دولت_توانکو #SultanPahangVI #RajaKita #RajaDanSukan #PahangRoyalFamily #MalaysiaRoyalFamily

2/12/2024, 2:05:35 AM

#ImbasKembali #RoyalThrowback Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah (ketika itu bergelar Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI) menerima menghadap Presiden Asian Football Confederation ( #AFC) iaitu Shaikh Salman Bin Ebrahim Al--Khalifa di Istana Negara Kuala Lumpur pada tanggal 2 April 2019. Pertemuan tersebut adalah bagi Presiden AFC menyembahkan ucapan tahniah sempena pemasyhuran Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI serta untuk menyampaikan penghargaan di atas jasa-jasa baginda sepanjang menganggotai jawatankuasa eksekutif AFC. Kebawah Duli Tuanku Sultan Pahang pernah dipilih menjadi Timbalan Presiden AFC antara tahun 2002 hingga 2015 & turut membantu dalam beberapa jawatankuasa khas antaranya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penganjur AFC Asian Cup 2015. Sehari sebelum itu iaitu pada tanggal 1 April 2019, bagi juga turut menerima menghadap anakanda saudara baginda iaitu Duli Yang Amat Mulia Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (kini bergelar Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor) yang juga merupakan pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) di Istana Negara Kuala Lumpur. #DaulatTuanku #دولت_توانکو #SultanPahangVI #RajaKita #RajaDanSukan #PahangRoyalFamily #MalaysiaRoyalFamily

2/11/2024, 5:33:29 AM

#RoyalBirthday #Anniversary ݢمبر٢ يڠ دراقمکن کتيک کباوه دولي يڠ مها مليا سلطان ڤهڠ السلطان عبدالله رعاية الدين المصطفى بالله شاه ابن المرحوم سلطان حاج احمد شاه المستعين بالله (کتيک ايت برݢلر سري ڤدوک بݢيندا يڠ دڤرتوان اڬوڠ ک-١٦) مڠورنياکن درجه کبسرن ڤريڠکت ڤرتام سري ايندرا مهکوتا ڤهڠ (S.I.M.P) کڤد ڤدوک اديندا بوڠسو بݢيند، يڠ امت مليا تڠکو عاريف تمڠݢوڠ تڠکو فهد معظم شاه ابن المرحوم سلطان حاج احمد شاه المستعين بالله، د استعادت خاص ڤڠورنياءن درجه کبسرن نݢري ڤهڠ د ايستان نݢارا کوالا لومڤور ڤد تڠݢل ٢٣ نوۏيمبر ٢٠٢٣. Gambar² yang dirakamkan ketika Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah (ketika itu bergelar Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI) mengurniakan Darjah Kebesaran Peringkat Pertama Sri Indera Mahkota Pahang (S.I.M.P) kepada paduka adinda bongsu baginda, Yang Amat Mulia Tengku Arif Temenggong Tengku Fahad Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, di Istiadat Khas Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Pahang yang dizahirkan di Istana Negara Kuala Lumpur pada tanggal 23 November 2023. وهاري اين مروڤاکن اولڠتاهون کڤوتراءن يڠ امت مليا تڠکي عاريف تمڠݢوڠ. ڤاتيق دعاءكن سموݢ الله تعالى سننتياس ممبرکتي & مليندوڠي تڠکو عاريف تمڠݢوڠ سرتا سموݢ تڠکو جوݢ دکورنياکن دڠن سݢالا کملياءن، کبهاݢياءن & کسلامتن د دنيا اتاو ڤون د اخيرة کلق. امين. Hari ini merupakan ulangtahun keputeraan Yang Amat Mulia Tengku Arif Temenggong. Patik doakan semoga Allah Taala senantiasa memberkati & melindungi Tengku Arif Temenggong serta semoga Tengku juga dikurniakan dengan segala kemuliaan, kebahagiaan & keselamatan sama ada di dunia atau pun di akhirat kelak. Amin. Sumber gambar / سومبر ݢمبر - ايف.بي. ايستان ڤهڠ & اينستاݢرم تڠکو فهد ايف.سي. FB Istana Pahang & Instagram Tengku Fahad FC #TengkuArifTemenggong #PahangRoyalFamily #MalaysiaRoyalFamily #RoyalThrowback #ImbasKembali

2/10/2024, 9:09:45 AM

#ImbasKembali #RoyalThrowback يڠ مليا چيق ڤوان خليدا (کيني برݢلر يڠ امت مليا چيق ڤوان مهکوتا خليدا جوهر) مڽمبوت کبراڠکتن کباوه دولي يڠ مها مليا تڠکو امڤوان ڤهڠ تنکو حاجه عزيزه امينه مايمونه اسكندريه بنت المرحوم المتوکل على الله سلطان اسکندار الحاج (کتيک ايت بݢيندا برݢلر سري ڤدوک بݢيندا راج ڤرمايسوري اڬوڠ) ک مجليس جاموان تيه برسام ڤارا ڤناءوڠ دراج ڤرساتوان ڤندو ڤوتري #مليسيا (ڤ.ڤ.ڤ.م.) ڤد تڠݢل ٣٠ مچ ٢٠١٩. Yang Mulia Che' Puan Khaleeda (kini bergelar Yang Amat Mulia Che' Puan Mahkota Khaleeda Johor) menyambut keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj (ketika itu bergelar Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong) ke Majlis Jamuan Teh Bersama Para Penaung Diraja Persatuan Pandu Puteri #Malaysia ( #PPPM) pada tanggal 30 Mac 2019. توروت براڠکت سام اداله دولي يڠ مها مليا راج ڤرمايسوري ڤيراق توانکو زارا سليم، دولي يڠ امت مليا راج ڤوان مودا ڤيراق توانکو سورايا بنت المرحوم سلطان عبد الحليم المعظم شاه (تيمبلن يڠ دڤرتوا ڤ.ڤ.ڤ.م.) & يڠ حرمت مليا ڤوتري سورايا افزان بنت محمد معز (کيني برݢلر يڠ حرمت مليا چيق ڤوان ڤڠليما) Turut berangkat sama adalah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim, Duli Yang Amat Mulia Raja Puan Muda Perak Tunku Soraya Binti Almarhum Sultan Abdul Halim Al-Mu'adzam Shah (Timbalan Yang Dipertua PPPM) & Yang Hormat Mulia Puteri Soraiya Afzan Binti Mohamed Moiz (kini bergelar Yang Hormat Mulia Che Puan Panglima) مجليس ترسبوت داداکن سباݢاي تندا ڤڠهرݢاءن د اتس ڤلانتيقن کباوه دولي يڠ مها مليا تڠکو تنکو حاجه عزيزه سباݢاي ڤناءوڠ دراج برمولا دري ١٣ فيبروري ٢٠١٩ سرتا باݢي مڠنڠ جاس٢ ڤارا ڤميمڤين & بکس ڤميمڤين ڤرساتوان ترسبوت. Majlis tersebut diadakan sebagai perhargaan di atas pelantikan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tunku Hajah Azizah sebagai Penaung Diraja yang baru bermula 13 Februari 2019 serta bagi mengenang jasa² para pemimpin & bekas pemimpin persatuan tersebut. سومبر ݢمبر / Sumber gambar - ايف.بي. راسمي يڠ امت موليا چيق ڤوان مهکوتا خليدا جوهور FB Rasmi Yang Amat Mulia Che' Puan Mahkota Khaleeda Johor #DaulatTuanku #دولت_توانکو #TengkuAmpuanPahang

2/9/2024, 3:06:21 AM

#ImbasKembali #RoyalThrowback Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah (ketika itu baginda bergelar Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI) & Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj (ketika itu baginda bergelar Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong) berangkat ke Majlis Santapan Diraja sempena Malam Peringatan Hari #Polis Ke-212 pada malam 29 Mac 2019. Selain merasmikan buku " Mes #PDRM Pada Era 100 Tahun " , baginda berdua turut berkenan memotong pulut kuning sebagai tanda meraikan sambutan ulangtahun Hari Polis pada tahun itu. Sumber gambar - FB Kementerian Dalam Negeri #DaulatTuanku #دولت_توانکو #SultanPahangVI #RajaKita #PahangRoyalFamily #TengkuAmpuanPahang #PermaisuriKita #PahangRoyalFamily #MalaysiaRoyalFamily #PDRM #PolisDirajaMalaysia #RajaDanPolis

2/7/2024, 8:19:09 AM

#ImbasKembali #RoyalThrowback Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah (ketika itu baginda bergelar Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI) menunaikan Solat Jumaat di Masjid Saidina Umar Al-Khattab di Bukit Damansara, Kuala Lumpur, pada tanggal 29 Mac 2019. Sumber gambar - FB Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara #DaulatTuanku #دولت_توانکو #SultanPahangVI #RajaKita #RajaDanRakyatBerpisahTiada #TenunPahangDiraja #PahangRoyalFamily #MalaysiaRoyalFamily

2/7/2024, 8:17:03 AM

#ImbasKembali #RoyalThrowback Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah (ketika itu bergelar Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI) berkenan berangkat ke Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2019 (LIMA ‘19) di Mahsuri International Exhibition Center (MIEC), Jalan Padang Matsirat di Pulau #Langkawi, #Kedah, pada tanggal 27 Mac 2019. Baginda juga kemudian turut menyaksikan pertunjukan aeroangkasa bersama Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj. Sumber gambar - FB #Selangor Royal Office & FB Unit Fotografi Jabatan Penerangan #Malaysia #DaulatTuanku #دولت_توانکو #SultanPahangVI #RajaKita #PahangRoyalFamily #SultanSelangor #SelangorRoyalFamily #MalaysiaRoyalFamily

2/5/2024, 4:47:09 AM

#ImbasKembali #RoyalThrowback Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj (ketika itu baginda bergelar Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong) berkenan dilantik sebagai Canselor Kolej Universiti Yayasan Pahang (University College Of Yayasan #Pahang atau #UCYP) yang pertama di Istiadat Pemasyhuran Tuanku Canselor & Konvokesyen UCYP yang diadakan di Bukit Gambang Resort City, Kuantan, pada tanggal 25 Mac 2019. Kolej Universiti Yayasan Pahang merupakan salah satu anak syarikat Yayasan Pahang. Ia asalnya dinamakan Kolej IKIP ketika ditubuhkan pada tahun 1992 iaini 9 tahun selepas penubuhan Yayasan Pahang. Semasa bertitah bagi menyempurnakan istiadat ini, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku menyarankan agar sebuah tabung atau dana dibangunkan bagi membantu para pelajar yang kurang berkemampuan. Hasrat tersebut tercapai apabila Yayasan Tuanku Canselor UCYP berjaya ditubuhkan beberapa bulan kemudian pada bulan Oktober 2019. Sumber gambar - FB UCYP & FB Jabatan Penerangan Pahang #DaulatTuanku #دولت_توانکو #TengkuAmpuanPahang #PermaisuriKita #TenunPahangDiraja #PahangRoyalFamily #MalaysiaRoyalFamily

2/4/2024, 12:33:10 AM

#ImbasKembali #RoyalThrowback Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah (ketika itu bergelar Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI) berkenan menyampaikan piala kepada Scott Hend, yang memenangi Kejohanan #Golf #Maybank di Kelab Saujana Golf & Country, Subang, pada tanggal 24 Mac 2019. Selain piala, pemain golf dari Australia itu juga turut membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah USD 500,000. Sumber gambar - FB Unit Fotografi Jabatan Penerangan #Malaysia #DaulatTuanku #دولت_توانکو #SultanPahangVI #RajaKita #RajaDanSukan #PahangRoyalFamily #MalaysiaRoyalFamily

2/3/2024, 6:19:17 AM

#ImbasKembali #RoyalThrowback کبراڠکتن کباوه دولي يڠ مها مليا تڠکو امڤوان ڤهڠ تنکو حاجه عزيزه امينه مايمونه اسكندريه بنت المرحوم المتوکل على الله سلطان اسکندار الحاج (کتيک ايت بݢيندا برݢلر سري ڤدوک بݢيندا راج ڤرمايسوري اڬوڠ) ک بيڠکيل تنون ڤهڠ دراج د ڤنجارا بنتوڠ ڤد تڠݢل ٢٣ مچ ٢٠١٩ سمبيل دأيريڠي اوليه ڤدوک انقندا، يڠ امت مليا تڠکو ڤوتري افزان امينه حفيظة الله بنت السلطان عبدالله رعاية الدين المصطفى بالله شاه (کيني برݢلر يڠ امت مليا تڠکو ڤوتري راج تڠکو ڤوتري افزان امينه حفيظة الله بنت السلطان عبدالله رعاية الدين المصطفى بالله شاه) Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj (ketika itu baginda bergelar Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong) ke Bengkel Tenun Pahang Diraja di Penjara Bentong pada tanggal 23 Mac 2019 sambil diiringi oleh paduka anakanda, Yang Amat Mulia Tengku Afzan Aminah Hafidzatullah Binti Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (kini bergelar Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah Binti Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah) سومبر ݢمبر / Sumber gambar - ايف.بي.يو.كي.ڤي بنتوڠ / FB UKP Bentong #DaulatTuanku #دولت_توانکو #TengkuAmpuanPahang #PermaisuriKita #TenunPahangDiraja #TengkuPuteriAfzanAminahHafidzatullah #PahangRoyalFamily #MalaysiaRoyalFamily #JumaatHariJawi

2/2/2024, 1:32:19 AM

#ImbasKembali #RoyalThrowback Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mista'in Billah (ketika itu bergelar Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong XVI) menunaikan Solat Jumaat di Masjid Abdullah Bin Zubair, Pangkalan Udara Kuala Lumpur, pada tanggal 22 Mac 2019. Pada hari yang sama, pihak Istana Negara telah menyampaikan salam takziah daripada baginda kepada ahli keluarga Allahyarham Muhammad Haziq Mohd Tarmizi, 17 tahun, yang merupakan salah seorang dari 51 mangsa serangan tembakan seorang pelampau kulit putih bernama Brenton Tarrant di Masjid Al-Noor di Christchurch, New Zealand, pada tanggal 15 Mac 2019. Ayah Allahyarham Muhammad Haziq iaitu Mohd Tarmizi & seorang lagi anaknya juga cedera akibat serangan tersebut. Mahkamah New Zealand telah mengelaskan Brenton Tarrant sebagai pengganas & menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atasnya. Siasatan mendapati dia telah mengambil masa selama beberapa tahun untuk merancang serangan di Masjid Al-Noor serta di Pusat Islam Linwood yang turut disiarkan secara terus di akaun Facebooknya. #SultanPahangVI #RajaKita #RajaDanRakyatBerpisahTiada #PahangRoyalFamily #MalaysiaRoyalFamily #RajaDanTentera

2/1/2024, 3:36:40 AM

#ImbasKembali #RoyalThrowback Gambar² yang dirakamkan ketika Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (kini bergelar Yang Amat Mulia Tengku Arif Bendahara) berangkat ke #Temerloh pada tanggal 21 Mac 2019 untuk menyampaikan sumbangan dari pihak Yayasan Istana Abdulaziz & Majlis Ugama Islam dan Adat Resam #Melayu Pahang (MUIP) kepada 16 peniaga makanan yang ditimpa musibah apabila gerai makanan mereka di Bukit Angin terbakar. Yayasan Istana Abdulaziz merupakan sebuah badan kebajikan yang ditubuhkan pada tanggal 11 September 1996 dengan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah & Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj sebagai Penjamin Utama. Antara kegiatan yang dianjurkan oleh Yayasan Abdulaziz ialah mengadakan program-program dakwah Islamiah termasuk dari segi penerbitan buku-buku agama, membina masjid-masjid serta kelengkapannya, membantu rakyat jelata yang ditimpa musibah, membantu dari segi pembangunan pendidikan bagi keluarga miskin dan anak yatim dan pelajar luar bandar melalui Program Akademi Menara Gading, mengadakan program pembangunan pendidikan, kerjaya dan keagamaan bagi masyrakat Orang Asli di Negeri Pahang serta memberi sumbangan sempena bulan Ramadan, Hari Raya Aidilfitri & Hari Raya Aidiladha. Yayasan Istana Abdulaziz berpusat di Istana Abdulaziz di Bandar Indera Mahkota, #Kuantan iaitu istana persemayaman baginda sejak awal perkahwinan ketika masih bergelar Tengku Mahkota Pahang & Tengku Puan Pahang. Sumber - Portal Diraja #Pahang #DaulatTuanku #دولت_تواکو #TengkuArifBendahara #MalaysiaRoyalFamily #PahangRoyalFamily

1/29/2024, 3:11:53 PM

#ImbasKembali #RoyalThrowback ݢمبر کباوه دولي يڠ مها مليا السلطان عبدالله رعاية الدين المصطفى بالله شاه ابن المرحوم سلطان حاج احمد شاه المستعين بالله & کباوه دولي يڠ مها مليا تنکو حاجه عزيزه امينه مايمونه اسكندريه بنت المرحوم المتوکل على الله سلطان اسکندار الحاح يڠ دراقمکن ڤد تڠݢل ٢٤ جانواري ٢٠١٩ سمڤنا ڤميليهن توانکو السلطان عبدالله سباݢاي سري ڤدوک بݢيندا يڠ دڤرتوان اݢوڠ ک-١٦. Gambar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah & Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj yang dirakamkan pada tanggal 24 Januari 2019 sempena pemilihan Tuanku Al-Sultan Abdullah sebagai Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong XVI. #DaulatTuanku #دولت_توانکو #YDPAgong #SultanPahangVI #AgongKita #RajaKita #RajaPermaisuriAgong #TengkuAmpuanPahang #JumaatHariJawi #MalaysiaRoyalFamily #PahangRoyalFamily #PahangDanJohorBerpisahTiada

1/26/2024, 2:54:21 PM

#ImbasKembali #RoyalThrowback کباوه دولي يڠ مها مليا سري ڤدوک بݢيندا يڠ دڤرتوان اݢوڠ ک-١٦ السلطان عبدالله رعاية الدين المصطفى بالله شاه ابن سلطان حاج احمد شاه المستعين بالله دمشهوركن سباݢاي توانکو چنسلور او.اءي.ت.م يڠ بارو ڤد تڠݢل ١٩ مچ ٢٠١٩. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah dimasyhurkan sebagai Tuanku Canselor #UiTM yang baru pada tanggal 19 Mei 2019. ايستعادت ڤمشهورن دسمڤورناکن اوليه يڠ برحرمت منتري ڤنديديقن مزلي مالک د ديوان اݢوڠ توانکو چنسلور او.اءي.ت.م شاه عالم. Istiadat Pemasyhuran disempurnakan oleh Yang Berhormat Menteri Pendidikan Maszlee Malik di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam. بݢيندا جوݢ برکنن براڠکت ک مجليس سمبه تعليمت & منينجاو ڤاميرن. Baginda juga berkenan berangkat ke Majlis Sembah Taklimat & meninjau pameran. سيکشن ١٩a (٢) اکتا اونيۏرسيتي مارا ١٩٧٦ (اکتا ١٧٣) مڽاتاکن ممڤراونتوقکن سري ڤدوک بݢيندا يڠ دڤرتوان اڬوڠ سباݢاي چنسلور او.اءي.ت.م، ماناکالا سيکشن ١٩a (١) مڽاتاکن بهاوا مجليس کونۏوکيشن اونيۏرسيتي اکن دڤڠروسيکن اوليه توانکو. Seksyen 19A (2) Akta Universiti Teknologi #MARA 1976 (Akta 173) memperuntukkan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong sebagai Canselor UiTM, manakala Sekysen 19A (1) menyatakan bahawa majlis konvokesyen universiti akan dipengerusikan oleh Tuanku. Sumber / سومبر - ايف.بي. ميديا راسمي جابتن کومونيکاسي او.اءي.ت.م شاه عالم FB Bahagian Media Rasmi Jabatan Komunikasi UITM Shah Alam #DaulatTuanku #دولت_توانکو #YDPAgong #SultanPahangVI #AgongKita #RajaKita #JumaatHariJawi #MalaysiaRoyalFamily #PahangRoyalFamily

1/26/2024, 11:23:45 AM

#ImbasKembali #RoyalThrowback کباوه دولي يڠ مها مليا سري ڤدوک بݢيندا يڠ دڤرتوان اݢوڠ ک-١٦ السلطان عبدالله رعاية الدين المصطفى بالله شاه ابن سلطان حاج احمد شاه المستعين بالله & کباوه دولي يڠ مها مليا سري ڤدوک بݢيندا راج ڤرمايسوري اڬوڠ تنکو حاجه عزيزه امينه مايمونه اسكندريه بنت المرحوم المتوکل على الله سلطان اسکندار الحاج براڠکت ک استعادت ڤڠبومين يڠ امت مليا المرحومه تونکو ڤوان زناريه بنت المرحوم تڠکو ڤڠليما راج لوڠ احمد د مقام دراج محموديه ڤد تڠݢل ١٨ مچ ٢٠١٩. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah & Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj berangkat Istiadat Pengebumian Yang Amat Mulia Almarhumah Tunku Puan Zanariah Binti Almarhum Tengku Panglima Raja Long Ahmad di Makam Diraja Mahmoodiah pada tanggal 18 Mac 2019. يڠ امت مليا المرحومه تونکو ڤوان زناريه مروڤاکن بوندا تيري کباوه دولي يڠ مها مليا سري ڤدوک بݢيندا راج ڤرمايسوري اڬوڠ تنکو حاجه عزيزه امينه مايمونه اسكندريه. بݢيندا جوݢ ڤرنه برݢلر سلطانة جوهور دري تاهون ١٩٨١ هيڠݢ ٢٠١٠ & سري ڤدوک بݢيندا راج ڤرمايسوري اڬوڠ دري تاهون ١٩٨٤ هيڠݢ ١٩٨٩. Yang Amat Mulia Almarhumah Tunku Puan Zanariah merupakan bonda tiri Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Maimunah Iskandariah. Baginda juga pernah bergelar Sultanah Johor dari tahun 1981 hingga 2010 & Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong dari tahun 1984 hingga 1989. المرحومه تونکو ڤوان زناريه مڠکت ڤد مالم سبلوم ايت. جنازه بݢيندا دسمايمکن د بيليق مڠادڤ ايستان بوکيت سرين باݢي منريما ڤڠحرمتن تراخير. Almarhumah Tunku Puan Zanariah mangkat pada malam sebelum itu. Jenazah baginda turut disemayamkan di Bilik Mengadap Istana Bukit Serene bagi menerima penghormatan terakhir. Sumber gambar / سومبر ݢمبر - ايف.بي. سلطان ابراهيم سلطان اسکندار FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar #DaulatTuanku #دولت_توانکو #YDPAgong #SultanPahangVI #AgongKita #RajaKita #RajaPermaisuriAgong #TengkuAmpuanPahang #PermaisuriKita #MalaysiaRoyalFamily #PahangRoyalFamily #JohorRoyalFamily

1/26/2024, 2:44:40 AM

#ImbasKembali #RoyalThrowback Kebawah Dulu Yang Mahal Mulia Series Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah berkenan menyempurnakan Istiadat Perbarisan Pentauliahan Diraja & Pengurniaan Watikah Tauliah Pegawai Kadet Angkatan Tentera Malaysia di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi, pada tanggal 16 Mac 2019. Seramai 504 pegawai kadet ditauliahkan terdiri dari Pegawai Kadet Akademi Latihan Ketenteraan, Akademi Tentera Darat, Kapal Diraja Sultan Idris 1 & Akademi Tentera Udara. Sumber gambar - FB Kementerian Pertahanan & FB Unit Fotografi Jabatan Penerangan #Malaysia #YDPAgong #SultanPahangVI #AgongKita #RajaKita #PahangRoyalFamily #MalaysiaRoyalFamily #RajaDanTentera

1/24/2024, 2:56:28 AM